SELAMAT DATANG KE BLOG GALERIA KREATIF

Rabu, 9 Januari 2013

Januari...selamat datang..

Minggu kedua persekolahan..aduh letihnya kaki melangkah ke sana sini..berkejar dengan tugas dan waktu... berbagai perkara perlu dibereskan..kelas baru ( cat di dindingnya sudah luntur, penuh warna-warni, corat-coret murid-murid tahun lepas, tingkap yang terbuka luas tanpa ada sekeping pun cermin tingkap), RPT, RPH,SKT, SPLG, bahan bantu belajar yang mesti dikemas kini setiap hari...Keceriaan kelas yang masih lagi memerlukan perhatian yang sangat banyak..melayan berbagai pertanyaan ibu bapa tentang anak masing-masing... Nasib baik juga murid-murid Tahun 2 Cerdas ini ( yang sememangnya sangat cerdas....cerdas mulut..cerdas akal..cerdas fizikal) telah ku kenali dari tahun lepas...Tahun ini cikgu BM dah jadi guru kelas..... Tak perlu lah nak mengenali mereka kerana cikgu dah arif sangat dengan sikap setiap orang dari kamu...32 orang...hmm...jangan bagi masalah pada cikgu ya... Naim masih suka ke tandas, Taufiq gemar sangat bertanya, Haikal dah kurang menjerit ( sukanya cikgu dengan perubahan dia ni), Aiman tetap paling lambat siapkan kerja bertulis, Aisyah pula dah mula ponteng sekolah hari ni..( janganlah suka ponteng lagi Aisyah ooiii....)  cikgu paling suka perubahan Azrul, dah dapat  kalahkan kawan-kawan yang lain dalam ujian ejaan..betul semua 10 daripada 10!..Dapatlah rm1 hadiah daripada cikgu...

Keceriaan kelas perlu diambil berat..kelas tak ceria, murid-murid pun tak seronok. Cikgu lagi lah rasa bosan memandang dinding kosong... Ada berbagai-bagai idea dalam fikiran cikgu..sebahagiannya dah pun berhasil dilaksanakan..masih banyak lagi projek 'MEGA' yang cikgu nak buat.. Murid-murid bantu cikgu bersihkan kelas dan jangan rosakkan alatan dan gambar-gambar serta sebarang maklumat yang cikgu dah letakkan di dalam kelas ya..Ingat, Kebersihan Tanggungjawab Bersama...