Rabu, 13 Februari 2013
Rabu, 9 Januari 2013
Januari...selamat datang..
Minggu kedua persekolahan..aduh letihnya kaki melangkah ke sana sini..berkejar dengan tugas dan waktu... berbagai perkara perlu dibereskan..kelas baru ( cat di dindingnya sudah luntur, penuh warna-warni, corat-coret murid-murid tahun lepas, tingkap yang terbuka luas tanpa ada sekeping pun cermin tingkap), RPT, RPH,SKT, SPLG, bahan bantu belajar yang mesti dikemas kini setiap hari...Keceriaan kelas yang masih lagi memerlukan perhatian yang sangat banyak..melayan berbagai pertanyaan ibu bapa tentang anak masing-masing... Nasib baik juga murid-murid Tahun 2 Cerdas ini ( yang sememangnya sangat cerdas....cerdas mulut..cerdas akal..cerdas fizikal) telah ku kenali dari tahun lepas...Tahun ini cikgu BM dah jadi guru kelas..... Tak perlu lah nak mengenali mereka kerana cikgu dah arif sangat dengan sikap setiap orang dari kamu...32 orang...hmm...jangan bagi masalah pada cikgu ya... Naim masih suka ke tandas, Taufiq gemar sangat bertanya, Haikal dah kurang menjerit ( sukanya cikgu dengan perubahan dia ni), Aiman tetap paling lambat siapkan kerja bertulis, Aisyah pula dah mula ponteng sekolah hari ni..( janganlah suka ponteng lagi Aisyah ooiii....) cikgu paling suka perubahan Azrul, dah dapat kalahkan kawan-kawan yang lain dalam ujian ejaan..betul semua 10 daripada 10!..Dapatlah rm1 hadiah daripada cikgu...
Keceriaan kelas perlu diambil berat..kelas tak ceria, murid-murid pun tak seronok. Cikgu lagi lah rasa bosan memandang dinding kosong... Ada berbagai-bagai idea dalam fikiran cikgu..sebahagiannya dah pun berhasil dilaksanakan..masih banyak lagi projek 'MEGA' yang cikgu nak buat.. Murid-murid bantu cikgu bersihkan kelas dan jangan rosakkan alatan dan gambar-gambar serta sebarang maklumat yang cikgu dah letakkan di dalam kelas ya..Ingat, Kebersihan Tanggungjawab Bersama...

Khamis, 20 Disember 2012
Pantun Kasih sayang
Saya dedikasikan khas untuk
rakan-rakan PGSR Pendidikan Pemulihan Ambilan November 2008 IPG Perempuan Melayu Melaka.
Pantai Chendering pasirnya putih,
Ikan sembilang sengat berduri;
Apa dikesal orang tak kasih,
Sudah suratan hidup sendiri.
Pohon meranti dipanah petir,
Anak rusa bulunya basah;
Usah disesali suratan takdir,
Adat bertemu untuk berpisah.
Nyamannya hawa di Pulau Tioman,
Ikan siakap di celah batu;
Walau nyawa bercerai badan,
Kasihku tetap pada yang satu.
Makan tebu digigit kerengga,
Ambil angin ke tanah Jawa;
Kasih ibu membawa ke syurga,
Kasih bapa berkorban nyawa.
Dipetik mawar lalu digubah,
Tumbuh subur hiasan kota;
Kasih hamba takkan berubah,
Hanya maut memisahkan kita.
Sekawan burung terbang bebas,
Melepas penat hinggap di dahan;
Hati yang kasih jangan dilepas,
Kalau dilepas merana badan.
Indahnya senja dipuput bayu,
Deruan ombak menderu-deru;
Kalau rindu sebut namaku,
Dalam mimpi pasti bertemu.

SELAMAT TINGGAL IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU MELAKA...
TERIMA KASIH ATAS SEGALA PENGALAMAN DAN SUKA DUKA YANG DIKONGSI BERSAMA SEPANJANG 4 TAHUN PENGAJIAN....
TERIMA KASIH ATAS SEGALA PENGALAMAN DAN SUKA DUKA YANG DIKONGSI BERSAMA SEPANJANG 4 TAHUN PENGAJIAN....
Selesai seminar kajian tindakan di Hang Tuah City Hotel bersama rakan PGSR
Pendidikan Pemulihan Ambilan November 2008 dan pensyarah yang dikasihi Puan Jaimah Abd Manaf
dan Mentor yang akan sentiasa dirindui Puan Zaleha Tambi Adam
Lega...selesai membentangkan laporan kajian tindakan......
Puan Zaleha yang sporting.....
Comelkan......
Hari terakhir bersama 19 Disember 2012....
Kalau ada jarum yang patah,
Jangan simpan di dalam peti;
Kalau ada silap dan salah,
Jangan simpan di dalam hati.
Khamis, 13 Disember 2012
Alhamdulillah.Pada tarikh 11 Disember 2012, saya dan rakan-rakan PGSR Unit Pendidikan Pemulihan Ambilan Nivember 2008seramai 24 orang telah selesai membentangkan kajian tindakan yang telah kami jalankan dalam Seminar yang diadakan di Hang Tuah City Hotel dari jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 6 petang. Kehadiran pensyarah-pensyarah yang sangat dihormati dan dikasihi yang sudi bersama memeriahkan majlis jamuan akhir yang kami adakan sangat-sangat dihargai. Betapa terharunya kami dengan kehadiran para pensyarah yang telah memberikan ilmu yang sangat berguna sepanjang 4 tahun kami di IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka. Hanya menunggu tarikh 17 hingga 19 Disember bagi menghadapi peperiksaan akhir..
Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah.. sesungguhnya dengan Rahmat dan HidayahMu, hambamu ini berjaya melalui semua ini.
Maka setelah itu selesailah perjuangan kami dalam program PGSR dan semoga kami akan dapat bersama kembali pada saat gemilang untuk menerima segulung ijazah yang memberi lebih daripada seribu makna, yang membuktikan bahawa semangat perjuangan kami yang kental. Melalui berbagai cabaran dan dugaan, suka duka, tawa hiba, air mata dan debaran serta berbagai perasaan.
Buat diri saya sendiri, sesungguhnya inilah saat yang saya tunggu-tunggu. Setelah 4 tahun bertungkus -lumus, saya ingin merehatkan diri buat beberapa ketika. Memberi sepenuh perhatian kepada tanggungjawab rutin seharian yang selama ini sering terabai.
Buat rakan-rakan PGSR Unit Pendidikan Pemulihan, terima kasih atas segala bantuan dan perkongsian ilmu ketika pengajian. Segala kebaikan budi kalian akan saya kenang dan moga dibalas oleh Allah dengan kebaikan yang berlipat ganda.
23 org rakan yang sangat saya kasihi dan akan saya rindui,
KU yang dedikasi serta pembantu setia ...kak Azimah, Odah, Hanisah,
kekanda kesayangan saya kak Zaharah,
Amoi yang manis ...Tham, Lim,
4 jejaka Malaya ...Roslee, Roslan, Din, Majid,
jelitawan anggun bergaya....Len, Azlam, Rosminah, Ruziah,
Sufi, Noraya, Rahmah, Ruhaya, Ani
Adik comel Suhaila dan Norhaya , Milah dan Rosnah
Moga ada kesempatan untuk bertemu lagi... salam kasih sayang

Khamis, 11 Oktober 2012
Imbuhan Pinjaman
Imbuhan pinjaman diserapkan ke dalam Bahasa Melayu melalui proses peminjaman. Imbuhan digunakan untuk membentuk kata nama. Imbuhan ditambah sama ada di awal atau akhir kata.
Imbuhan Pinjaman
|
Maksud
|
Contoh
|
juru-
|
orang yang mahir dalam sesuatu bidang
|
jurutera, juruaudit, juruterbang, jurucakap
|
maha-
|
agung, paling, tinggi
|
maharaja, mahaguru, maharani, mahasiswa
|
tata-
|
sesuatu susunan, peraturan atau sistem
|
tatatertib, tatabahasa, tatasusila
|
pra-
|
sebelum
|
prasekolah, prasejarah,prakata,prauniversiti, prasangka
|
pro-
|
memihak kepada
|
prokerajaan, prodemokrasi
|
anti-
|
menentang
|
antidadah, antisocial, antikerajaan
|
eka-
|
satu
|
ekabahasa, ekawarna, ekasuku
|
dwi-
|
dua
|
dwifungsi, dwibudaya, dwibahasa
|
tri-
|
tiga
|
tribunal, tribahasa, tribulan
|
-wan
|
Lelaki yang ahli, pemilik sesuatu benda, sifat atau pelaku sesuatu
perbuatan
|
sasterawan, cendekiawan, usahawan, sukarelawan, negarawan
|
-wati
|
Perempuan yang ahli dalam sesuatu bidang
|
olahragawati, seniwati, peragawati
|
-man
|
Orang yang ahli, pemilik sesuatu sifat
|
budiman, seniman
|
-is
|
Pelaku/orang
|
saintis, cerpenis, novelis, kartunis
|
-ita
|
Pelaku perempuan
|
biduanita
|
Langgan:
Catatan (Atom)