Alhamdulillah.Pada tarikh 11 Disember 2012, saya dan rakan-rakan PGSR Unit Pendidikan Pemulihan Ambilan Nivember 2008seramai 24 orang telah selesai membentangkan kajian tindakan yang telah kami jalankan dalam Seminar yang diadakan di Hang Tuah City Hotel dari jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 6 petang. Kehadiran pensyarah-pensyarah yang sangat dihormati dan dikasihi yang sudi bersama memeriahkan majlis jamuan akhir yang kami adakan sangat-sangat dihargai. Betapa terharunya kami dengan kehadiran para pensyarah yang telah memberikan ilmu yang sangat berguna sepanjang 4 tahun kami di IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka. Hanya menunggu tarikh 17 hingga 19 Disember bagi menghadapi peperiksaan akhir..
Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah.. sesungguhnya dengan Rahmat dan HidayahMu, hambamu ini berjaya melalui semua ini.
Maka setelah itu selesailah perjuangan kami dalam program PGSR dan semoga kami akan dapat bersama kembali pada saat gemilang untuk menerima segulung ijazah yang memberi lebih daripada seribu makna, yang membuktikan bahawa semangat perjuangan kami yang kental. Melalui berbagai cabaran dan dugaan, suka duka, tawa hiba, air mata dan debaran serta berbagai perasaan.
Buat diri saya sendiri, sesungguhnya inilah saat yang saya tunggu-tunggu. Setelah 4 tahun bertungkus -lumus, saya ingin merehatkan diri buat beberapa ketika. Memberi sepenuh perhatian kepada tanggungjawab rutin seharian yang selama ini sering terabai.
Buat rakan-rakan PGSR Unit Pendidikan Pemulihan, terima kasih atas segala bantuan dan perkongsian ilmu ketika pengajian. Segala kebaikan budi kalian akan saya kenang dan moga dibalas oleh Allah dengan kebaikan yang berlipat ganda.
23 org rakan yang sangat saya kasihi dan akan saya rindui,
KU yang dedikasi serta pembantu setia ...kak Azimah, Odah, Hanisah,
kekanda kesayangan saya kak Zaharah,
Amoi yang manis ...Tham, Lim,
4 jejaka Malaya ...Roslee, Roslan, Din, Majid,
jelitawan anggun bergaya....Len, Azlam, Rosminah, Ruziah,
Sufi, Noraya, Rahmah, Ruhaya, Ani
Adik comel Suhaila dan Norhaya , Milah dan Rosnah
Moga ada kesempatan untuk bertemu lagi... salam kasih sayang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan