Bahagian a from Rosila Arop
Ahad, 29 Julai 2012
Terima Kasih..........
Alhamdulillah, hari ini sudah memasuki hari ke 9 umat Islam berpuasa. Insya-Allah, ada berbaki 21 hari lagi. Mudah-mudahan kita diberikan taufiq dan hidayah Allah untuk meneruskan segala amal kebaikan yang diberikan pahala berlipat kali ganda di bulan yang penuh barakah ini
.
Di pagi yang mendamaikan ini, saya ingin fokuskan kepada ucapan terima kasih atau 'thank you' yang perlu sering kita ucapkan sebagai menghargai jasa dan budi sesiapa sahaja kepada kita. Hanya dua patah perkataan sahaja yang kadang kala sukar kita nak melafazkannya.
Terima kasih boleh diucapkan dalam pelbagai cara. Ucapan lisan paling mudah. Juga boleh disampaikan melalui sms, laman sosial,dan e-mel. Boleh juga disampaikan dalam bahasa isyarat dengan menggunakan bahasa badan atau isyarat tangan contohnya mengangkat tangan sebagai ucapan terima kasih kepada pemandu kenderaan lain yang memberikan laluan kepada kita ketika di jalan raya. Ucapkanlah terima kasih kerana kita menghargai jasa baik seseorang kepada kita terutama ibu bapa dan guru-guru yang mendidik kita. Tanpa mereka siapalah kita.
Keluarga yang sentiasa mengamalkan ucapan terima kasih sesama mereka akan membawa nilai tersebut ke dalam masyarakat. Ucapan terima kasih akan memberikan kebahagiaan dan keceriaan kepada penerimanya. Ia mempunyai kuasa untuk merapatkan lagi tali silaturrahim sesama insan.
Sedangkan, ada hadis yang menekankan mengucapkan terima kasih kepada orang yang telah berbudi kepada kita walaupun Islam menuntut setiap orang Islam melakukan amal kebaikan dengan ikhlas.
Dalam satu hadis riwayat Imam Tirmizi ada menyatakan:
Barangsiapa yang tidak berterima kasih kepada manusia maka dia tidak berterima kasih kepada Allah.
Hadis ini, menurut pandangan Imam Tirmizi ialah hasan sahih. Maksudnya hadis ini terpakai dan kita perlu mengamalkannya.
Kenapa pentingnya ucapan ini? Fitrah manusia suka kepada penghargaan dari orang lain.. bagaimana perasaan anda apabila ada insan yang mengucapkan terima kasih? Tentunya anda terasa gembira dengan ucapan itu…
Justeru itu, ayuh kita perbaiki diri kita. Belajar untuk berterima kasih kepada orang yang berbudi kepada kita. Terima kasih.
Bahasa Baku
BAHASA BAKU
Definisi
Bahasa baku ialah variasi bahasa yang digunakan untuk berhubung apabila penutur daripada berbagai dialek berkumpul.
Menurut Kamus Dewan 1989, perkataan ‘baku’ ini membawa pengertian ‘ yang diterima umum sebagai betul dan sah…dan dapat dijadikan asas perbandingan’.
Setiap penutur akan berusaha menggugurkan ciri-ciri kedaerahan atau ciri-ciri khusus yang ada pada dialek masing-masing.
Mereka menggunakan bentuk bahasa yang bersifat umum supaya masing-masing dapat memahami apa-apa yang dituturkan.
Di Malaysia, variasi Bahasa Melayu baku digunakan sebagai tujuan untuk berkomunikasi.
Bahasa baku dikaitkan dengan bahasa yang digunakan oleh golongan berpendidikan dalam masyarakat.
Bahasa baku dikatakan mengalami proses kecendekiaan dan pengekodan.
Proses pengekodan dan pembakuan bahasa ini meliputi seluruh aspek bahasa tersebut seperti perkamusan, peristilahan, tata bahasa, sebutan dan laras bahasa.
Fungsi bahasa baku adalah sebagai
i. Unsur penyatu iaitu digunakan oleh orang-orang dari pelbagai daerah atau loghat
ii. Unsur pemisah iaitu memisahkan bentuk bahasa baku itu daripada loghat-loghat lain dalam bahasa itu; dan
iii. Pemberi prestij iaitu digunakan oleh segolongan orang dalam suasana tertentu, biasanya dalam urusan rasmi umpamanya laporan, surat, surat pekeliling, borang, radio, televisyen, dan sebagainya.
Kebaikan bahasa baku
i. Untuk mengelakkan pelbagai percanggahan dalam tafsiran antara pelbagai dialek di Malaysia. Contohnya dialek masyarakat di utara iaitu Kedah, Perlis dan Pulau Pinang berbeza dengan masyarakat di bahagian selatan seperti Johor. Dengan adanya bahasa baku ini dapat diseragamkan agar tiada maksud yang berlainan.
ii. Mudah dipelajari kerana sebutan mengikut ejaan. Bahasa baku sepatutnya mudah dipelajari kerana apa ynag ditulis menggambarkan apa yang sepatutnya disebut. Berbeza dengan jika tidak menyebut dalam bahasa baku iaitu apa yang disebut tidak sama dengan apa yang ditulis. Contohnya:
perkataan jaga ditulis sebagai jage
iii. Merupakan bahasa yang formal dan bersopan dan digunakan dalam urusan rasmi seperti dalam surat pekeliling, laporan , penulisan berita dan sebagainya.
iv. Digunakan dalam urusan berkomunikasi iaitu mudah dipelajari oleh kaum-kaum lain kerana sebutannya adalah mengikut ejaan.
v. Kejelasan makna, tiada singkatan, lengkap dan tepat.
Contoh: Saya hendak pergi ke Johor Bahru.
Dalam sebutan bahasa pasar – Saya nak gi Johor Bahru.
vi. Memupuk semangat perpaduan antara semua kaum yang terdapat di Malaysia kerana setiap ahli masyarakat menggunakan bahasa yang sama dan memahaminya dengan jelas dan tepat.
Kelemahan bahasa baku
i. Dipengaruhi oleh bahasa ibunda setiap kaum yang terdapat di Malaysia contohnya kaum China, India, Kadazan dan lain-lain.
ii. Aspek persekitaran – masih dipengaruhi oleh dialek kedaerahan masing-masing contohnya dialek Kelantan, Pahang, Kedah dan sebagainya.
ii. Kelemahan dasar kerajaan yang tidak konsisten iaitu tidak memberi perhatian serius dalam penggunaan bahasa baku.
iii. Tidak diterima sebahagian masyarakat kerana dianggap sebagai asing.
iv. Kurang sambutan daripada pemimpin kerajaan.
Jenis-Jenis Ayat Dalam Bahasa Melayu
JENIS AYAT
Ayat dalam Bahasa Melayu boleh dibahagikan kepada empat jenis yang utama iaitu ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah dan ayat seruan.
1. Ayat penyata ialah ayat yang diucapkan dengan maksud membuat satu penyataan. Ayat penyata mempunyai tujuan menyatakan atau memberikan keterangan tentang sesuatu hal. Ayat jenis ini disebut juga ayat berita atau ayat keterangan.
Contoh ayat penyata:
i. Nadia jurutaip.
ii. Dia wartawan.
iii. Ashila sedang tidur.
2. Ayat Tanya pula adalah ayat yang digunakan untuk tujuan menanyakan sesuatu hal. Dengan berdasarkan nada suara dan penggunaan perkataan tertentu, ayat Tanya dapat digolongkan kepada dua jenis , iaitu:
i. Ayat Tanya tanpa kata Tanya.
ii. Ayat Tanya dengan unsur kata Tanya.
i. Ayat Tanya tanpa kata Tanya
Ayat Tanya tanpa kata Tanya ialah ayat yang lazimnya diucapkan dengan nada suara meninggi sebelum kesenyapan pada akhir ayat. Dalam tulisan, nada Tanya ini dilambangkan oleh tanda soal (?).
Contohnya:
i. Encik Lokman kaunselor di sekolah itu?
ii. Adik masih menangis?
iii. Mimi menjadi pragawati?
Ayat Tanya jenis ini juga boleh disertai dengan partikel –kah, yang diletakkan pada unsur yang dijadikan fokus atau judul ayat.
Contoh ayat:
i. Dia ke sekolah?
Dia ke sekolahkah?
ii. Minggu lalu kamu ke Kedah?
Minggu lalu kamu ke Kedahkah?
iii. Mereka berlepas pagi tadi?
Mereka berlepas pagi tadikah?
ii. Ayat Tanya dengan unsur Tanya.
Ayat Tanya dengan unsur Tanya ialah ayat yang mengandungi unsur seperti apa, siapa, mengapa, bagaimana, di mana dan sejak bila. Ayat-ayat jenis ini terdiri daripada tiga golongan, iaitu:
a) Ayat Tanya dengan kata Tanya.
b) Ayat Tanya dengan kata ganti nama diri.
c) Ayat Tanya dengan frasa sendi nama Tanya.
a) Ayat Tanya dengan kata Tanya
Ayat Tanya dengan kata Tanya ialah ayat yang mengandungi kata Tanya seperti siapa, berapa, bagaimana, bila, mengapa dan kenapa.
Contoh ayat seperti berikut:
i. Harga barang ini berapa?
ii. Hari perkahwinannya bila?
iii. Awak datang lambat kenapa?
b) Ayat Tanya dengan kata ganti nama diri Tanya
Ayat jenis ini terdiri daripada ayat yang mengandungi kata ganti nama Tanya seperti apa, siapa, dan mana.
i. Apakah benda itu?
ii. Siapakah gurunya?
iii. Manakah adik awak?
c) Ayat Tanya dengan frasa sendi nama Tanya
Ayat jenis ini terdiri daripada ayat yang didahului oleh frasa sendi nama Tanya seperti di mana, dari mana, ke mana, sejak bila, sampai bila dan sebagainya.
Contoh ayat:
i. Tuan tinggal di mana?
ii. Adik hendak ke mana?
iii. Anak Puan Anita berkahwin dengan siapa?
3. Manakala ayat perintah pula ialah ayat yang digunakan dengan tujuan menimbulkan sesuatu tindakan. Perintah ditujukan kepada orang kedua dengan menggunakan kata ganti nama orang kedua seperti kamu, awak, engkau dan sebagainya yang biasanya digugurkan. Ayat perintah boleh dibahagikan kepada empat jenis berikut:
i. Ayat suruhan
ii. Ayat larangan
iii. Ayat silaan
iv. Ayat permintaan
i) Ayat suruhan
Ayat suruhan ialah ayat yang digunakan dengan tujuan memberi perintah atau arahan. Dalam ayat suruhan, subjek ialah kata ganti nama orang kedua seperti awak, engkau, kamu dan selainnya yang biasanya digugurkan. Walau bagaimanapun, kerana tujuan penegasan, subjek boleh juga dikekalkan. Contoh ayat seperti berikut:
a) Keluar dari bilik ini!
b) Pergi dari sini!
c) Awak siapkan kerja itu sekarang.
ii. Ayat larangan
Ayat larangan ialah ayat yang menggunakan kata larangan seperti jangan, usah, atau tak usah sebelum kata kerja dengan tujuan mnegah seseorang melakukan sesuatu.
Contohnya:
a) Jangan ambil harta orang.
b) Kamu jangan beritahu dia.
c) Usah dikenangkan lagi perkara yang lalu.
iii. Ayat silaan
Ayat silaan ialah ayat yang menggunakan kata silaan seperti sila atau jemput sebelum kata kerja dengan tujuan menjemout atau mempersilakan seseorang. Contoh ayat seperti berikut:
a) Sila datang ke rumah saya.
b) Sila serahkan surat ini ke pejabat.
c) Jemput masuk.
iv. Ayat permintaan
Ayat permintaan ialah ayat yang menggunakan kata permintaan seperti minta dan tolong, dengan tujuan memohon permintaan dan pertolongan seperti yang terdapat dalam contoh berikut:
a) Minta tuan-tuan jelaskan yuran persatuan.
b) Minta tuan benarkan kami masuk.
c) Tolong tutup tingkap itu.
4. Ayat yang seterusnya ialah ayat seruan.
Ayat seruan ialah ayat yang diucapkan dengan membawa nada atau intonasi seruan untuk tujuan melahirkan suatu keadaan perasaan seperti takut, marah, takjub, geram dan sebagainya. Intonasi seruan ini digambarakn dalam tulisan dengan tanda seru (!) yang diletak di akhir ayat. Kata seru yang biasanya digunakan ialah oh, wah, amboi, cis, nah, syabas dan sebagainya. Contohnya:
i. Anakku!
ii. Amboi, garangnya!
iii. Wah, besarnya rumah awak!
Ayat dalam Bahasa Melayu boleh dibahagikan kepada empat jenis yang utama iaitu ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah dan ayat seruan.
1. Ayat penyata ialah ayat yang diucapkan dengan maksud membuat satu penyataan. Ayat penyata mempunyai tujuan menyatakan atau memberikan keterangan tentang sesuatu hal. Ayat jenis ini disebut juga ayat berita atau ayat keterangan.
Contoh ayat penyata:
i. Nadia jurutaip.
ii. Dia wartawan.
iii. Ashila sedang tidur.
2. Ayat Tanya pula adalah ayat yang digunakan untuk tujuan menanyakan sesuatu hal. Dengan berdasarkan nada suara dan penggunaan perkataan tertentu, ayat Tanya dapat digolongkan kepada dua jenis , iaitu:
i. Ayat Tanya tanpa kata Tanya.
ii. Ayat Tanya dengan unsur kata Tanya.
i. Ayat Tanya tanpa kata Tanya
Ayat Tanya tanpa kata Tanya ialah ayat yang lazimnya diucapkan dengan nada suara meninggi sebelum kesenyapan pada akhir ayat. Dalam tulisan, nada Tanya ini dilambangkan oleh tanda soal (?).
Contohnya:
i. Encik Lokman kaunselor di sekolah itu?
ii. Adik masih menangis?
iii. Mimi menjadi pragawati?
Ayat Tanya jenis ini juga boleh disertai dengan partikel –kah, yang diletakkan pada unsur yang dijadikan fokus atau judul ayat.
Contoh ayat:
i. Dia ke sekolah?
Dia ke sekolahkah?
ii. Minggu lalu kamu ke Kedah?
Minggu lalu kamu ke Kedahkah?
iii. Mereka berlepas pagi tadi?
Mereka berlepas pagi tadikah?
ii. Ayat Tanya dengan unsur Tanya.
Ayat Tanya dengan unsur Tanya ialah ayat yang mengandungi unsur seperti apa, siapa, mengapa, bagaimana, di mana dan sejak bila. Ayat-ayat jenis ini terdiri daripada tiga golongan, iaitu:
a) Ayat Tanya dengan kata Tanya.
b) Ayat Tanya dengan kata ganti nama diri.
c) Ayat Tanya dengan frasa sendi nama Tanya.
a) Ayat Tanya dengan kata Tanya
Ayat Tanya dengan kata Tanya ialah ayat yang mengandungi kata Tanya seperti siapa, berapa, bagaimana, bila, mengapa dan kenapa.
Contoh ayat seperti berikut:
i. Harga barang ini berapa?
ii. Hari perkahwinannya bila?
iii. Awak datang lambat kenapa?
b) Ayat Tanya dengan kata ganti nama diri Tanya
Ayat jenis ini terdiri daripada ayat yang mengandungi kata ganti nama Tanya seperti apa, siapa, dan mana.
i. Apakah benda itu?
ii. Siapakah gurunya?
iii. Manakah adik awak?
c) Ayat Tanya dengan frasa sendi nama Tanya
Ayat jenis ini terdiri daripada ayat yang didahului oleh frasa sendi nama Tanya seperti di mana, dari mana, ke mana, sejak bila, sampai bila dan sebagainya.
Contoh ayat:
i. Tuan tinggal di mana?
ii. Adik hendak ke mana?
iii. Anak Puan Anita berkahwin dengan siapa?
3. Manakala ayat perintah pula ialah ayat yang digunakan dengan tujuan menimbulkan sesuatu tindakan. Perintah ditujukan kepada orang kedua dengan menggunakan kata ganti nama orang kedua seperti kamu, awak, engkau dan sebagainya yang biasanya digugurkan. Ayat perintah boleh dibahagikan kepada empat jenis berikut:
i. Ayat suruhan
ii. Ayat larangan
iii. Ayat silaan
iv. Ayat permintaan
i) Ayat suruhan
Ayat suruhan ialah ayat yang digunakan dengan tujuan memberi perintah atau arahan. Dalam ayat suruhan, subjek ialah kata ganti nama orang kedua seperti awak, engkau, kamu dan selainnya yang biasanya digugurkan. Walau bagaimanapun, kerana tujuan penegasan, subjek boleh juga dikekalkan. Contoh ayat seperti berikut:
a) Keluar dari bilik ini!
b) Pergi dari sini!
c) Awak siapkan kerja itu sekarang.
ii. Ayat larangan
Ayat larangan ialah ayat yang menggunakan kata larangan seperti jangan, usah, atau tak usah sebelum kata kerja dengan tujuan mnegah seseorang melakukan sesuatu.
Contohnya:
a) Jangan ambil harta orang.
b) Kamu jangan beritahu dia.
c) Usah dikenangkan lagi perkara yang lalu.
iii. Ayat silaan
Ayat silaan ialah ayat yang menggunakan kata silaan seperti sila atau jemput sebelum kata kerja dengan tujuan menjemout atau mempersilakan seseorang. Contoh ayat seperti berikut:
a) Sila datang ke rumah saya.
b) Sila serahkan surat ini ke pejabat.
c) Jemput masuk.
iv. Ayat permintaan
Ayat permintaan ialah ayat yang menggunakan kata permintaan seperti minta dan tolong, dengan tujuan memohon permintaan dan pertolongan seperti yang terdapat dalam contoh berikut:
a) Minta tuan-tuan jelaskan yuran persatuan.
b) Minta tuan benarkan kami masuk.
c) Tolong tutup tingkap itu.
4. Ayat yang seterusnya ialah ayat seruan.
Ayat seruan ialah ayat yang diucapkan dengan membawa nada atau intonasi seruan untuk tujuan melahirkan suatu keadaan perasaan seperti takut, marah, takjub, geram dan sebagainya. Intonasi seruan ini digambarakn dalam tulisan dengan tanda seru (!) yang diletak di akhir ayat. Kata seru yang biasanya digunakan ialah oh, wah, amboi, cis, nah, syabas dan sebagainya. Contohnya:
i. Anakku!
ii. Amboi, garangnya!
iii. Wah, besarnya rumah awak!
Sabtu, 21 Julai 2012
Jumaat, 20 Julai 2012
Fadhilat Berpuasa di Bulan Ramadhan
1. Pengampunan Dosa
Dari Abi Hurairah radhiallahu 'anhu dari Nabi Shalallahu 'alaihi wasalam bersabda (yang erti nya): “Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dengan penuh iman dan ihtisab maka akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.” (Hadis Riwayat al-Bukhari (4/99), Muslim (759))
Maksud “Penuh iman dan Ihtisab” di sini adalah membenarkan wajibnya puasa, mengharapkan pahalanya, hatinya senang dalam mengamalkan, tidak membencinya, dan tidak merasa berat dalam mengamalkannya.
Dari Abi Hurairah
radhiallahu 'anhu juga Rasulullah Shalallahu 'alaihi wasalam pernah bersabda
(yang ertinya):
“Solat yang lima waktu, Juma'at ke Juma'at, Ramadhan ke Ramadhan adalah penghapus dosa yang terjadi di antara senggang waktu tersebut jika menjauhi dosa besar”. (Hadis Riwayat Muslim (233))
Dari Abu Hurairah radhiallahu 'anhu juga, bahawa Rasulullah Shalallahu 'alaihi wa salam pernah naik mimbar kemudian berkata: “Amin, Amin, Amin”, ditanyakan kepadanya:”Ya Rasulullah Shalallahu 'alaihi wasalam: Engkau naik mimbar kemudian mengucapkan: Amin, Amin, Amin? Beliau bersabda:
“Sesungguhnya Jibril ‘alaihissalam datang kepadaku, dia berkata: “Barangsiapa yang mendapati bulan Ramadhan tetapi tidak diampuni dosanya maka akan masuk neraka dan akan Allah jauhkan dia, katakan: “Amin”, maka akupun mengucapkan : Amin……”.” (Hadis Riwayat Ibnu Khuzaimah (3/192), Ahmad (2/246 dan 254) dan al-Baihaqi (4/204) dari jalan Abu Hurairah. Hadis ini sahih, asalnya terdapat dalam “Sahih Muslim” (4/1978))
2. Dikabulkannya do'a dan pembebasan dari api neraka
Rasulullah Shalallahu 'alaihi wasalam bersabda (yang ertinya): “Allah memiliki hamba-hamba yang dibebaskan dari neraka setiap siang dan malam bulan Ramadhan, dan semua orang muslim yang berdo'a akan dikabulkan do'anya.” (Hadis Riwayat al-Bazzar (3142), Ahmad (2/254) dari jalan A'mas, dari Abu Shalih dari Jabir, diriwayatkan oleh Ibnu Majah (1643) darinya dengan ringkas dari jalan lain, hadits sahih. Do'a yang dikabulkan itu adalah ketika berbuka - lihat “Misbahuh Azzujajah” (no. 604) karya al-Bushiri)
3. Orang yang berpuasa termasuk shidiqin dan syuhada
Dari Amr bin Murrah al-Juhani Radhiallahu 'anhu berkata: Datang seorang lelaki kepada Nabi Shalallahu 'alaihi wasalam kemudian berkata: “Ya Rasulullah! Apa pendapatmu jika aku bersaksi bahawa tidak ada sesembahan yang hak untuk diibadahi kecuali Allah, engkau adalah Rasulullah Shalallahualaihi wasalam, aku solat lima waktu, aku tunaikan zakat, aku melaksanakan puasa Ramadhan dan solat tarawih di malam harinya, termasuk orang yang manakah aku? Beliau menjawab: “Termasuk dari shidiqin dan syuhada”. (Hadis Riwayat Ibnu Hibban (no. 11 di dalam Zawaidnya) sanadnya sahih)
“Solat yang lima waktu, Juma'at ke Juma'at, Ramadhan ke Ramadhan adalah penghapus dosa yang terjadi di antara senggang waktu tersebut jika menjauhi dosa besar”. (Hadis Riwayat Muslim (233))
Dari Abu Hurairah radhiallahu 'anhu juga, bahawa Rasulullah Shalallahu 'alaihi wa salam pernah naik mimbar kemudian berkata: “Amin, Amin, Amin”, ditanyakan kepadanya:”Ya Rasulullah Shalallahu 'alaihi wasalam: Engkau naik mimbar kemudian mengucapkan: Amin, Amin, Amin? Beliau bersabda:
“Sesungguhnya Jibril ‘alaihissalam datang kepadaku, dia berkata: “Barangsiapa yang mendapati bulan Ramadhan tetapi tidak diampuni dosanya maka akan masuk neraka dan akan Allah jauhkan dia, katakan: “Amin”, maka akupun mengucapkan : Amin……”.” (Hadis Riwayat Ibnu Khuzaimah (3/192), Ahmad (2/246 dan 254) dan al-Baihaqi (4/204) dari jalan Abu Hurairah. Hadis ini sahih, asalnya terdapat dalam “Sahih Muslim” (4/1978))
2. Dikabulkannya do'a dan pembebasan dari api neraka
Rasulullah Shalallahu 'alaihi wasalam bersabda (yang ertinya): “Allah memiliki hamba-hamba yang dibebaskan dari neraka setiap siang dan malam bulan Ramadhan, dan semua orang muslim yang berdo'a akan dikabulkan do'anya.” (Hadis Riwayat al-Bazzar (3142), Ahmad (2/254) dari jalan A'mas, dari Abu Shalih dari Jabir, diriwayatkan oleh Ibnu Majah (1643) darinya dengan ringkas dari jalan lain, hadits sahih. Do'a yang dikabulkan itu adalah ketika berbuka - lihat “Misbahuh Azzujajah” (no. 604) karya al-Bushiri)
3. Orang yang berpuasa termasuk shidiqin dan syuhada
Dari Amr bin Murrah al-Juhani Radhiallahu 'anhu berkata: Datang seorang lelaki kepada Nabi Shalallahu 'alaihi wasalam kemudian berkata: “Ya Rasulullah! Apa pendapatmu jika aku bersaksi bahawa tidak ada sesembahan yang hak untuk diibadahi kecuali Allah, engkau adalah Rasulullah Shalallahualaihi wasalam, aku solat lima waktu, aku tunaikan zakat, aku melaksanakan puasa Ramadhan dan solat tarawih di malam harinya, termasuk orang yang manakah aku? Beliau menjawab: “Termasuk dari shidiqin dan syuhada”. (Hadis Riwayat Ibnu Hibban (no. 11 di dalam Zawaidnya) sanadnya sahih)
Rabu, 18 Julai 2012
Makanan Seimbang
Makanan seimbang sangat penting untuk pembesaran dan kesihatan tubuh badan terutama kanak-kanak yang sedang membesar. Kanak-kanak amat sukakan makanan segera yang sekarang ini sudah menjadi satu trend kehidupan di zaman serba moden ini. Kesibukan ibu bapa bekerja sehingga tidak sempat menyediakan dan memasak makanan di rumah, menjadikan 'snack' sebagai makanan kegemaran anak-anak.
Burger, kentang goreng, gula-gula, minuman berkarbonat dan pelbagai makanan ringan lain memang amat digemari kanak-kanak. Tapi tahukan kamu bahawa tidak semua makanan ini baik untuk kesihatan? Kanak-kanak mesti dididik untuk mengelakkan makanan yang mengandungi bahan pengawet. Sebagai ibu bapa, diidklah anak-anak agar memilih makanan yang tinggi fiber, rendah lemak atau makanan yang lebih sihat seperti mengandungi kalsium, zat besi serta bervitamin dan mineral.
Sebenarnya ada banyak makanan berkhasiat untuk anak-anak. Contohnya, susu yang merupakan sumber vitamin D dan protein yang baik untuk kanak-kanak. Cuba anak-anak minum susu dua hingga empat gelas sehari. Tentu badan akan sihat dan pembesaran berlaku dengan sempurna.
Yogurt juga kaya dengan kalsium. Pilih yogurt yang kurang kandungan gula, rendah lemak dan berkultur.
Bagaimana dengan buah-buahan? Buah-buahan sangat baik untuk kesihatan badan. Ia mengandungi vitamin, fiber dan rendah kalori. Sungguhpun begitu, ramai ibu bapa tidak menyediakannya di rumah sebagai makanan ringan yang berkhasiat untuk anak-anak. Sebaliknya ramai yang lebih gemar menyimpan kerepek, keropok, biskut lemak dan pelbagai makanan ringan lain yang tidak berkhasiat. Ayuh, mulai dari sekarang, kita penuhkan peti sejuk di rumah dengan buah-buahan.
Kebanyakan kanak-kanak gemar makan roti. Jadi, ibu bapa perlu pastikan mereka menikmatinya dengan sesuatu yang enak dan berkhasiat. Contohnya, mentega kacang, berbanding mentega, krim, keju atau makanan lain yang kaya dengan lemak. Mentega kacang tinggi juga tinggi kandungan lemaknya, tetapi kebanyakan lemak tersebut adalah lemak mono dan poli tak tepu, yang lebih sihat berbanding lemak tepu.Kanak-kanak juga suka sanwic. Ibu-ibu, sediakan sanwic tuna beserta salad dan tomato segar ya.. Tuna kaya dengan protein, omega-3 serta vitamin dan mineral. Jika menggunakan mayonis, pilihlah yang rendah lemak, manakala roti pula yang berbijirin.
Untuk sarapan pagi, bijirin yang pelbagai perisa seperti coklat, madu jarang ditolak kanak-kanak. Ibu bapa hanya perlu menyediakan bijirin yang kurang manis, diperkuat dengan kalsium dan berfiber. Ramai kanak-kanak tidak suka makan sayur. Tetapi ada sayur.sayuran yang lebih digemari oleh mereka. Contohnya, jagung, karot dan kekacang.
Kanak-kanak juga sukakan biskut. Peranan ibu bapa dalam memastikan mereka makan makanan yang lebih sihat ialah menyediakan biskut yang kurang manis dan lemak. Pilihlah yang berbijirin seperti biskut oat, biji bunga matahari yang kaya dengan fiber dan zat-zat lain. Itu serba sedikit panduan untuk ibu bapa yang berkerjaya seperti saya..Kesihatan anak-anak perlu diutamakan. Semoga mereka membesar sihat dan kuat.
Selasa, 17 Julai 2012
Muridku Sayang, Muridku Cemerlang
Murid tahun 4 Cerdik seramai 42 orang memang banyak ragamnya..Setiap hari bertemu mereka, tak pernah cikgu menjadi pendiam... Ada sahaja gelagat mereka yang membuat cikgu tertawa dan kadang jadi geram..ada masa naik darah... Tapi cikgu tetap sabar... Sentiasa aktif dalam aktiviti perbincangan. Setiap murid mahu menunjukkan bakat tanpa perasaan segan atau takut jika salah.. Cikgu selalu mengingatkan, tidak mengapa jika jawaban yang diberi salah. Kita belajar dari kesilapan yang kita lakukan..Hmm..tapi ada masa yang 'kritikal'... cikgu terpaksa berikan sedikit dendaan, berupa 'sentuhan-sentuhan sayang'... semua itu berupa peringatan agar latihan dan kerja rumah yang diberi mesti disiapkan. Murid-murid 4 Cerdik, kamu semua sangat cikgu sayangi seperti anak sendiri. Kejayaan kamu dalam pelajaran adalah kegembiraan cikgu yang tak dapat digambarkan dengan kata-kata. Moga semuanya akan menjadi pelajar yang cemerlang di dunia dan akhirat. Selamat belajar.
Sabtu, 14 Julai 2012
Doa
Apabila kita berkehendak mendapatkan sesuatu sama ada duniawi mahupun ukhrawi maka kita akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkannya. Jika usaha kita tidak mampu memperolehinya kita akan meminta pertolongan daripada orang yang mempunyai kuasa.
Jika mereka juga tidak mampu membantu kita untuk mencapai hajat kita maka kita akan memohon pertolongan daripada Allah s.w.t, menadah tangan ke langit sambil air mata bercucuran dan suara yang merayu-rayu menyatakan hajat kepada-Nya.
Selagi hajat kita belum tercapai selagi itulah kita bermohon dengan sepenuh hati. Tidak ada kesukaran bagi Allah s.w.t untuk memenuhi hajat kita. Sekiranya Dia mengurniakan kepada kita semua khazanah yang ada di dalam bumi dan langit maka pemberian-Nya itu tidak sedikit pun mengurangi kekayaan-Nya. Andainya Allah s.w.t menahan dari memberi maka tindakan demikian tidak sedikit pun menambahkan kekayaan dan kemuliaan-Nya. Jadi, dalam soal memberi atau menahan tidak sedikit pun memberi kesan kepada ketuhanan Allah s.w.t. Ketuhanan-Nya adalah mutlak tidak sedikit pun terikat dengan kehendak, doa dan amalan hamba-hamba-Nya.
Dan Allah berkuasa melakukan apa yang di kehendaki-Nya. ( Ayat 27 : Surah Ibrahim )
Semuanya itu tunduk di bawah kekuasaan-Nya. ( Ayat 116 : Surah al-Baqarah )
Jumaat, 13 Julai 2012
Sentuhan Kalbu
Sejenak kita renungkan dalam diri kita. Pejamkan mata kita. Lihatlah pada diri masing-masing.
Pohon hati apakah yang telah kita tumbuhkan dalam dunia hati kita?
Bagaimanakah selama ini kita menjalani kehidupan kita?
Sudahkan selama ini hidup kita menjadikan kehidupan kita benar-benar mengabdikan diri kepada Allah?
Sudahkan kita ikhlaskan diri kepada Allah?
Tepuklah akal kita supaya ia berfikir untuk diri kita...
Ketika kita pergi ke sekolah mahupun universiti, adakah kita telah mendidik pohon hati kita bahawa ijazah yang bakal dimiliki itu bukan untuk kita menjulang gelaran tetapi sesungguhnya demi pengabdian kita kepada Allah swt?
Cubalah kita bertanya secara jujur pada diri kita sendiri. Mari kita lihat:
Kemana selama ini, umur kita telah habiskan?
Kemana selama ini, kehidupan kita selama ini berikan?
Lihatlah diri kita ketika musibah itu datang. Betapa sering kita keluh kesal ? Malah, kita menyalahkan pula Allah kerana menurunkan dugaan sedemikian rupa. Kita tak dapat menerima takdir Allah..
Kita menyesali semua yang ada dalam hidup kita, seolah kita tidak pernah rasa puas dengan segala apa yang kita ada..
Kita tak menyedari sebenarnya hati kita yang sedang jauh dari Allah.
Hati kita yang saat itu tak mampu merasakan bahwa Allah itu dekat dengan kehidupan kita.
Bahkan akal keimanan kita dalam kehidupan kita sudah kering dan mati.
Dan kitalah orang muda yang lupa kehidupan ini untuk apa...
Marilah kita ucapkan istiqhfar kepada Allah.
Mari kita memohon ampun kepada Allah...
Astaghfirullah
Para pembaca yang dirahmati Allah...
Mungkin ketika kehidupan kita kering,
Kita sedar bahawa kebahagian material dan duniawi itu semua hanya sesaat.
dan kebahagiaan sebenar-benarnya adalah ketika kita menanam akar kecintaan kita kepada Allah,
yang tumbuh masuk ke dasar hati.
yang kemudian yang tumbuh tinggi menjadi pohon kehidupan,
yang menghasilkan buah kebahagian yang selamanya kerana,
kita merasakan Allah bersama kita,
Allah menaungi kehidupan kita,
Allah menjaga dirimu setiap saat meskipun ujian datang silih berganti,
maka,
mudahan-mudahan kita semua sama-sama dapat menyedari dan menyakini,
jadikan Allah cita-cita hidup kita yang paling utama.,
nescaya Allah menjaga kehidupan kita di dunia dan di akhirat.
"Teguhkan bahteramu kerana lautan yang kamu lalui itu terlalu dalam untuk diharungi,
Banyakkanlah bekalan kerana perjalanan kita cukup jauh untuk dijalani,
Ringankanlah belakangmu kerana yang didaki itu terlalu curam,
Ikhlaskanlah segala perbuatanmu kerana yang menilai kita amat mengetahui dan maha melihat apa yang kita lakukan,"
lakukankanlah kerana Allah swt,
bukan untuk kemegahan dan keagungan yang kita cari,
tetapi semata-mata kepada Allah,
kerana keagungan kita akan ada bila Allah redha kepada kita.
Jangan kita lupa, bahawa dalam kehidupan kita ini,
ada satu pohon hati yang perlu kita bangunkan,
tumbangnya pohon itu,
maka ranaplah kehidupan kita..
Mudah-mudahan, kita diredhai Allah,
semoga Allah mengampuni kita semua..amin..
Pantun Buat Sahabat
Sahabat, datang dan pergi. Betulkah?
Sahabat yang sejati, mencari dan dicari. Benarkah?
Manusia memang memerlukan sahabat di sampingnya. Lebih lebih lagi sahabat yang mempunyai nilai yang berharga dalam hidupnya iaitu sahabat sejati.
Mungkin kita boleh memperincikan lagi disebalik maksud 'sahabat sejati'. Sahabat sejati bukan sahaja ada disamping kita dikala suka dan duka, tapi lebih dari itu lagi.
Sahabat sejati sentiasa mendorong kita kearahNya, tidak sesekali meninggalkan kita dikala kita terhina tetapi memberikan kita kesedaran bahawa kita ini milik Tuhan.
Sahabat yang sejati, mencari dan dicari. Benarkah?
Manusia memang memerlukan sahabat di sampingnya. Lebih lebih lagi sahabat yang mempunyai nilai yang berharga dalam hidupnya iaitu sahabat sejati.
Mungkin kita boleh memperincikan lagi disebalik maksud 'sahabat sejati'. Sahabat sejati bukan sahaja ada disamping kita dikala suka dan duka, tapi lebih dari itu lagi.
Sahabat sejati sentiasa mendorong kita kearahNya, tidak sesekali meninggalkan kita dikala kita terhina tetapi memberikan kita kesedaran bahawa kita ini milik Tuhan.
Bersyukurlah jika anda mempunyai sahabat yang betul-betul disamping anda. Sukar untuk dicari sahabat yang sebegitu. Raikan ikatan persahabatan anda. Mudah-mudahan, kurniaan Tuhan sahabat sejati kepada anda itu dapat membuatkan diri anda menjadi lebih baik dan menuju kearahNya.
“Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya” (H.R al-Hakim
Tapi, bagaimana ingin mencari sahabat sejati?
Mana satu sahabat yang dikatakan sejati.
Bagi saya, cara yang paling mudah ialah perhatikan tindak tanduknya tetapi bukan menilai hatinya kerana penilaian hati hanya Allah sahaja yang tahu. Nilaikan sifatnya, adakah pernah beliau menyakiti hati anda?
Pernahkan beliau menikam anda dari belakang.?
Semoga kita adalah sahabat sejati bagi setiap rakan-rakan yang kita kenali.
Saya abadikan pantun ini buat sahabat walau di mana sahaja berada.
Sahabat sejati sahabat setia,
Ikhlas bersahabat membawa berkat;
Selalu memberi nasihat berguna,
Agar selamat dunia akhirat.
Selalu memberi nasihat berguna,
Agar selamat dunia akhirat;
Buat panduan di mana berada,
Agar persahabatan membawa berkat.
Suka duka dikongsi bersama,
Hadapi cabaran dengan tenang;
Sahabat sejati berhati mulia,
Sanggup bersama susah dan senang.
(untuk sahabat-sahabat sejati sejak di MPTAA 85/88, Ana, Aya, Nitta, Gayah, Bita dan Zaidah.. anda semua
sentiasa ada dalam ingatan dan doa)
Kita berpantun pula hari ini ya..
Cuba jawab teka-teki di bawah ini. Kalau betul jawapannya, tahniah.
Kalau salah, cuba lagi..
1. Terbang tinggi si burung helang
Hinggap di atas pohon meranti
Anak ramai ibunya seorang,
Bila bergesel berapi-rapi?
2. Ada tubuh ada tangan,
Tiada kepala tiada kaki;
Sangat berguna waktu hujan,
Apakah dia yang dimaksudkan ini.
3. Buah budi bidara mengkal
Masak sebiji di tepi pantai
Hilang budi bicara akal
Buah apa tidak bertangkai?
3. Budak-budak ramai di pekan
Hari raya membakar petas
Kalau adik pandai kiasan
Apakah buah gugur ke atas?
4. Tinggi duduk di atas sekali,
Bukan bulan bukan matahari;
Bila malam ia berseri,
Bila siang ia berganti.
4. Tarik pukat dari pangkalan,
Gula Melaka dibuat inti;
Bila diikat ia berjalan,
Bila dibuka ia berhenti?
5. Cik Limah bersama anak lelaki
Duduk makan keropok lekor
Yang mengejar tidak berkaki,
Yang dikejar tiada berekor?
6. Pergi umrah setiap tahun,
Moga sentiasa murah rezeki
Dalam batang ada daun,
Dalam daun ada isi?
7. Bila kecil boleh ditiup,
Sudah besar janganlah lagi,
Kalau tercucuk ia meletup,
Kalau terlepas terbangnya tinggi.
8. Mulut manis hati nak baik,
Itulah amalan turun temurun;
Benda apa yang akan naik,
Apabila saja hujan turun.
9. Walau dibungkus bukan kiriman,
Sudah takdir tuhan yang satu,
Meski ditanam bukan tanaman,
Cubalah teka apakah itu?
10. Hidup aman di dalam kota,
Ada pemimpin bernama raja;
Buruh-buruh rajin bekerja,
Askar bertugas setiap masa.
Cuba jawab teka-teki di bawah ini. Kalau betul jawapannya, tahniah.
Kalau salah, cuba lagi..
1. Terbang tinggi si burung helang
Hinggap di atas pohon meranti
Anak ramai ibunya seorang,
Bila bergesel berapi-rapi?
2. Ada tubuh ada tangan,
Tiada kepala tiada kaki;
Sangat berguna waktu hujan,
Apakah dia yang dimaksudkan ini.
3. Buah budi bidara mengkal
Masak sebiji di tepi pantai
Hilang budi bicara akal
Buah apa tidak bertangkai?
3. Budak-budak ramai di pekan
Hari raya membakar petas
Kalau adik pandai kiasan
Apakah buah gugur ke atas?
4. Tinggi duduk di atas sekali,
Bukan bulan bukan matahari;
Bila malam ia berseri,
Bila siang ia berganti.
4. Tarik pukat dari pangkalan,
Gula Melaka dibuat inti;
Bila diikat ia berjalan,
Bila dibuka ia berhenti?
5. Cik Limah bersama anak lelaki
Duduk makan keropok lekor
Yang mengejar tidak berkaki,
Yang dikejar tiada berekor?
6. Pergi umrah setiap tahun,
Moga sentiasa murah rezeki
Dalam batang ada daun,
Dalam daun ada isi?
7. Bila kecil boleh ditiup,
Sudah besar janganlah lagi,
Kalau tercucuk ia meletup,
Kalau terlepas terbangnya tinggi.
8. Mulut manis hati nak baik,
Itulah amalan turun temurun;
Benda apa yang akan naik,
Apabila saja hujan turun.
9. Walau dibungkus bukan kiriman,
Sudah takdir tuhan yang satu,
Meski ditanam bukan tanaman,
Cubalah teka apakah itu?
10. Hidup aman di dalam kota,
Ada pemimpin bernama raja;
Buruh-buruh rajin bekerja,
Askar bertugas setiap masa.
Rabu, 11 Julai 2012
Peribahasa yang Sama Maksudnya
Bagaimana pula dengan peribahasa ini...
Beberapa contoh persamaan erti atau
makna antara peribahasa…!
·
Carik-carik bulu ayam, akhirnya
bercantum jua = Biduk berlalu, kiambang bertaut.
·
Gunting dalam lipatan = Api dalam
sekam = Musuh dalam selimut.
·
Bagai aur dengan tebing = Berat sama
dipikul, ringan sama dijinjing.
·
Bulat air kerana pembetung, bulat
manusia kerana muafakat = muafakat membawa berkat.
·
Bapa borek, anak rintik = Ke mana
tumpahnya kuah, kalau tak ke nasi = Begitu kuih, begitulah acuannya.
·
Lain lubuk, lain ikan = lain padang,
lain belalang.
Eja yang Betul
Hari
ini cikgu mahu mengutarakan satu kes yang agak memeningkan kepala
sesetengah pelajar mahupun guru sendiri. Kes yang mahu cikgu utarakan ialah
ejaan bagi frasa kering-kontang, adakah dieja dengan bersertakan tanda sempang ataupun
tidak. Begini ceritanya….
MUDAH sahaja
penyelesaiannya:
·
Kering-kontang BUKANNYA kata ganda kerana perkataan kedua iaitu ‘kontang’ mempunyai
maksud tersendiri iaitu tiada air, sangat kering.
·
Jika BUKAN kata ganda, maka ejaan kering-kontang SEPATUTNYA ‘kering kontang’.
·
Hanya kata ganda sahaja yang boleh
menggunakan tanda sempang, seperti:-
1. kuih-muih > muih tiada makna
2. lauk-pauk > pauk tiada makna
3. gunung-ganang > ganang tiada makna
KESIMPULANNYA:-
1. Kering-kontang X
2.
Kering kontang √
Selasa, 10 Julai 2012
Isnin, 9 Julai 2012
Sekapur Sirih
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.Alhamdulillah, dengan kudrat dan iradat serta keizinan-Nya, akhirnya dapat juga saya membina blog ini sebagai memenuhi tugasan kerja kursus semester akhir Program Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah (PGSR) bagi pelajar-pelajar IPG Kampus Perempuan Melayu subjek EDU 3109 di bawah bimbingan pensyarah Tuan Haji Omar bin Abdul.Bahan-bahan yang saya muatkan di dalam blog ini adalah daripada sumber pembacaan saya serta perkongsian pengalaman dan pengetahuan rakan-rakan guru yang sentiasa bermurah hati untuk menyebarkan sedikit ilmu yang Allah pinjamkan agar keberkatannya terus berpanjangan dan dapat dikongsikan pula bersama pembaca blog ini, Insya-Allah.
Matapelajaran Bahasa Malaysia terutamanya Penulisan, semakin mencabar minda bukan sahaja di kalangan murid, tetapi juga di kalangan guru. Apa yang dapat dikesan, kebanyakan murid menghadapi masalah dalam menjawab soalan Bahagian C di mana mereka gagal menjelmakan nilai yang dikehendaki. Masalah ini tambah serius apabila terdapat kalangan guru yang kurang memahami cara-cara untuk membimbing murid mereka untuk menjelmakan nilai-nilai tersebut.Adalah diharapkan agar bahan-bahan yang saya muatkan di sini sedikit sebanyak dapat dimanafaatkan bersama bukan sahaja oleh murid-murid saya iaitu murid-murid tahun 4 Cerdik, SK Seri Gading, Batu Pahat, Johor, yang mana telah memberikan banyak inspirasi kepada saya, tetapi juga kepada kita semua sebagai salah satu usaha murni untuk meningkatkan prestasi anak-anak didik kita di samping memertabatkan Bahasa Malaysia ke darjat yang tertinggi.
Pengisian bahan dalam blog ini akan sentiasa dikemaskini dan diperbaiki dari semasa ke semasa. Semoga sedikit ilmu yang kita kongsikan bersama seikhlas hati ini akan memberikan impak yang besar kepada kita golongan guru amnya dan kemudiannya dapat disalurkan pula kepada murid-murid. Sumbangan daripada pembaca budiman sekalian adalah diharapkan bagi memantapkan lagi pengisian blog ini. Insya-Allah, ilmu yang kita kongsikan bersama ini bukan sekadar dapat menyuluh kehidupan murid-murid kita pada masa hadapan, tetapi juga dapat menjadi penyuluh kita di alam barzakh nanti….
Akhir
kata dari saya, setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih saya ucapkan
kepada semua yang terlibat dalam membantu saya membina blog ini samada dari
segi sumbangan idea, pengetahuan dan pengalaman, mahu pun dari segi sokongan
moral. Tanpa bantuan dan sokongan yang diberi, adalah amat sukar bagi saya
untuk menyempurnakan tugasan saya ini. Semoga apa yang dapat saya himpunkan di
sini memberi manafaat kepada semua dan mendapat keberkatan Illahi….Salam
hormat dari saya. Wassalam….
Ulasan Nilai Murni
Petikan 1.
Langkah 1: Membaca petikan secara
luncuran.
Langkah II: Menggarisi ayat/ frasa
yang menggambarkan
Perlakuan /
perbuatan/ peristiwa baik.
L1
Selepas
bersarapan pagi, Hakim memohon keizinan ibunya untuk
ke rumah Siva. Dia tidak sabar hendak mengetahui keadaan Siva. Sudah dua hari Siva tidak ke sekolah kerana
demam. Hakim menunggang
basikalnya dengan cermat melalui jalan dan lorong di kawasan perumahan.
Di
pertengahan jalan, Hakim singgah di warung Mak Siti. Dia membeli beberapa jenis kuih sebagai buah
tangan. Tiba-tiba dia ternampak
Kok Leong dan ayahnya sedang bersarapan
di warung itu. Hakim mengajak Kok Leong ke rumah Siva.
Setelah mendapat kebenaran ayahnya, Kok Leong membonceng basikal Hakim
menuju ke rumah Siva.
Sesampai sahaja di rumah Siva, ibu Siva menjemput mereka masuk.. Selain
bertanya khabar, Hakim dan Kok Leong memberitahu Siva mengenai perkembangan di
sekolah dan tugasan-tugasan yang diberi oleh guru mereka. Sebelum tengah hari mereka pun pulang .
L2:
Semak : Perlakuan baik Nilai Murni
P1
- memohon keizinan ibu -
menghormati / taat /
-
hendak mengetahui keadaan Siva - prihatin /
-
menunggang
basikal -
berdikari / berhati-hati
P2
- membeli kuih sebagai buah tangan - berbudi bahasa / murah hati
-
mengajak Kok Leong
ke rumah Siva - setia kawan
-
mendapat kebenaran
ayah -
menghormati /
P3
- bertanya khabar -
prihatin
-
memberitahu
perkembangan sekolah - baik hati
-
pulang sebelum tengah
hari -
bertanggungjawab
Rujuk Petikan 1
(Rangka ulasan 1)
Kita mestilah ____________________________. Sebagai
contohnya ______________________________________ Selain
dari itu, kita sepatutnya ___________________________________ Ini
terbukti melalui ___________________________________. Seterusnya, kita hendaklah ____________________________________________. Ini
dapat dilihat _________________________________________. Di
samping itu kita harus _____________________________________________.
Akhir
sekali, kita perlulah ________________________________________
Contoh 2 ulasan nilai
murni / pengajaran
Kita mestilah hormat terhadap ibu. Sebagai contohnya, Hakim terlebih dahulu memohon keizinan dari ibunya sebelum pergi ke rumah Siva. Selain dari itu,
kita sepatutnya prihatin dan simpati terhadap rakan yang sakit. Ini terbukti melalui sikap Hakim yang mahu menziarahi rakannya Siva. Seterusnya, kita
wajar bersikap murah hati. Ini dapat
dilihat pada Hakim yang telah membeli kuih sebagai buah tangan untuk Siva. Di samping itu, kita haruslah ada semangat
setia kawan seperti Hakim yang
telah mengajak Kok Leong ke rumah Siva. Akhir sekali, kita perlulah baik hati seperti
Hakim dan Kok Leong yang memberitahu Siva
tentang tugasan yang diberi dan perkembangan di sekolah.
Rujuk Petikan 1
(Rangka ulasan 1)
Kita mestilah ____________________________. Sebagai
contohnya ______________________________________ Selain
dari itu, kita sepatutnya ___________________________________ Seterusnya, kita hendaklah ____________________________________________.
Di samping itu kita wajar
________________________________________
_____________________________________________. Akhir
sekali, kita perlulah
________________________________________
Contoh 2 ulasan nilai
murni / pengajaran
Kita mestilah hormat terhadap ibu. Sebagai contohnya, kita mestilah meminta izin daripada ibu
kita sebelum pergi ke rumah kawan. Selain dari itu, kita sepatutnya prihatin dan simpati
terhadap rakan yang sakit dengan menziarahinya. Seterusnya, kita wajar bersikap murah
hati seperti membeli kuih sebagai buah tangan untuk rakan
yang sakit. Di
samping itu, kita wajar memiliki semangat setia kawan dengan
mengajak rakan kita yang lain untuk
sama-sama menziarahi rakan kita yang sakit itu. Akhir sekali, kita perlulah baik hati
seperti memberitahu rakan kita yang sakit
tentang tugasan yang diberi dan perkembangan di sekolah.
PETIKAN 2
Hari
ini hari Sabtu. Ana bangun seperti biasa
untuk ke sekolah. Hari ini
ada perjumpaan unit
beruniform di sekolahnya.
Ana pergi ke sekolah dengan adiknya Alia.
Ana
adalah setiausaha Persatuan Tunas Puteri di sekolahnya. Dia ditugaskan oleh
guru penasihat persatuan untuk
mencatat kehadiran ahli. Dia juga mencatat aktiviti yang dijalankan
pada setiap perjumpaan.
Menurut
guru penasihat mereka, Tunas Puteri akan mengadakan perkhemahan pada bulan
September, iaitu selepas Ujian Penilaian Sekolah Rendah. Setiap ahli yang ingin menyertai perkemahan
dikehendaki melengkapkan borang maklumat peribadi dan mendapatkan kebenaran
daripada ibu dan bapa.
PETIKAN 3
Saleh
meletakkan beg sekolah di atas rak. Selepas menukar bajunya, dia segera
ke warung ibunya yang terletak di
hadapan rumahnya. Saleh mendekati ibunya
yang sedang mengambil pesanan pelanggan.
Selepas
bersalaman dengan ibunya Saleh pergi ke bahagian belakang gerai. Dilihatnya ada banyak pinggan mangkuk
yang sudah digunakan. Dia membasuh pinggan mangkuk tersebut dan mengelapnya.
Menjelang pukul empat petang, gerai ibunya ditutup. Saleh kembali ke
rumah dan membersihkan diri.
Selepas itu dia akan membuka buku catatannya. Jika ada tugasan, dia akan menyiapkannya
dengan segera. Jika tiada tugasan, dia akan ke padang permainan berhampiran
rumahnya untuk bermain bola dengan anak-anak jiran.
Selepas
makan malam, Saleh membuat latihan atau membuat ulangkaji. Sesekali dia
menolong ibunya mengelap daun
pisang atau mengupas bawang. Saleh masuk
tidur sebelum jam 10 malam.
Latih tubi Aplikasi Nilai Murni
Latih tubi aplikasi
nilai murni
Langkah 1 : Senaraikan
nilai murni
Bil
|
Ayat
|
Nilai Murni
|
1
|
Suhaila membantu
ibunya menyapu sampah di
hadapan rumahnya sehingga bersih.
|
|
2
|
Harun menolong Cikgu Saniah membawa buku-buku
yang telah dikumpulkan ke bilik guru.
|
|
3
|
Sebelum keluar bermain,
Rahman menyiapkan
kerja rumah yang
diberi oleh gurunya.
|
|
4
|
Walaupun Azizi datang datang keluarga berada,
dia tidak pernah memilih
kawan.
|
|
5
|
Setiap hari Tamrin akan menyimpan sebahagian daripada belanja sekolahnya.
|
|
6
|
Para pemain hoki sekolah
menjalani latihan sebagai persiapan menjelang pertandingan.
|
|
7
|
Panduduk Kampung Tengah
menggantung bendera bagi menghiasi kampung mereka menjelang bulan sambutan
kemerdekaan.
|
|
Langkah 2 : Semak dan bincang bagi menentukan nilai
murni yang
terdapat di dalam petikan.
Bil
|
Ayat
|
Nilai Murni
|
1
|
Suhaila membantu
ibunya menyapu sampah di
hadapan rumahnya sehingga bersih.
|
Rajin
Prihatin
Cinta kebersihan
|
2
|
Harun menolong Cikgu Saniah membawa buku-buku
yang telah dikumpulkan ke bilik guru.
|
Prihatin
Rajin
Bertanggungjawab
|
3
|
Sebelum
keluar bermain, Rahman menyiapkan
kerja
rumah yang diberi
oleh gurunya.
|
Rajin
Bertanggungjawab/
Amanah
Menghargai masa
|
4
|
Walaupun Azizi datang datang keluarga berada,
dia
tidak pernah memilih kawan.
|
Merendah diri
Berhemah tinggi
|
5
|
Setiap hari Tamrin akan menyimpan sebahagian
daripada belanja sekolahnya.
|
Berjimat cermat
Berwawasan
|
6
|
Para
pemain hoki sekolah menjalani latihan sebagai persiapan menjelang
pertandingan.
|
Bertanggungjawab/
amanah
Bersungguh-sungguh
Bijak
|
7
|
Panduduk Kampung Tengah menggantungkan
bendera menghiasi persekitaran
kampung mereka dengan menjelang
sambutan Bulan Kemerdekaan.
|
Bekerjasama
Bijak
Cinta Negara
Prihatin
|
Langkah 3:
Buat ulasan nilai murni berdasarkan ayat.
Bil
|
Ayat
|
Nilai Murni
|
1
|
|
Rajin
Prihatin
Cinta kebersihan dll
|
2
|
|
Prihatin
Rajin
Bertanggungjawab
Baik hati
|
3
|
|
Rajin
Bertanggungjawab/
Amanah
Menghargai masa
|
4
|
|
Merendah diri
Berhemah tinggi
|
5
|
|
Berjimat cermat
Berwawasan
|
6
|
|
Bertanggungjawab/
amanah
Bersungguh-sungguh
Bijak
|
7
|
|
Bekerjasama
Bijak
Cinta Negara
Prihatin
|
Langkah 4:
Buat ulasan nilai murni berdasarkan ayat.
Bil
|
Ayat
|
Nilai Murni
|
1
|
Antara
nilai murni yang terdapat di dalam
ayat adalah cinta akan kebersihan. Sebagai contohnya Suhaila telah meluangkan masa membantu ibunya
menyapu halaman rumah. Selain itu
terdapat juga nilai murni rajin dan
prihatin.
|
Rajin
Prihatin
Cinta kebersihan dll
|
2
|
Antara nilai murni yang terdapat di dalam ayat adalah keprihatinan dan
kerajinan. Ini dapat dilihat melalui pertolongan Harun kepada gurunya. Selain itu
Harun juga seorang murid yang
bertanggungjawab. Kita semua sewajarnya mencontohi sikap Harun ini.
|
Prihatin
Rajin
Bertanggungjawab
Baik hati
|
3
|
Rahman
adalah seorang murid yang bertanggung –jawab itulah sebabnya dia menyiapkan
kerja rumahnya sebelum keluar bermain. Sebagai seorang murid kita hendaklah
mengutamakan amanah dan tanggungjawab
untuk berjaya.
|
Rajin
Bertanggungjawab/
Amanah
Menghargai masa
|
4
|
Azizi
adalah seorang yang merendah diri. Di
samping itu dia juga seorang yang berhemah tinggi.
Sebagai
contohnya dia tidak pernah memilih kawan.
Sikapnya
ini wajarlah dicontohi.
|
Merendah diri
Berhemah tinggi
|
5
|
Berdasarkan
ayat, Tamrin adalah seorang yang berjimat cermat. akan menyimpan sebahagian
daripada belanja sekolahnya. Tamrin juga seorang yang berwawasan kerana suka
menabung, bak pepatah sikit-sikit lama-lama jadi bukit.
|
Berjimat cermat
Berwawasan
|
6
|
Para
pemain hoki tersebut perlu menjalani
latihan bagi memikul amanah bagi wakil sekolah. Namun begitu mereka hendaklah
bijak mengunakan masa supaya tidak dan tidak mengabaikan tanggungjawab
sebagai pelajar.
|
Bertanggungjawab/
amanah
Bersungguh-sungguh
Bijak
|
7
|
Panduduk
Kampung Tengah menggantungkan bendera menghiasi persekitaran kampung mereka
dengan menjelang sambutan Bulan Kemerdekaan menunjukkan nilai murni
cinta negara. Mereka juga
telah bekerjasama bagi melaksanakan kerja
tersebut.
|
Bekerjasama
Bijak
Cinta Negara
Prihatin
|
Langgan:
Catatan (Atom)