SELAMAT DATANG KE BLOG GALERIA KREATIF

Rabu, 11 Julai 2012

Eja yang Betul


Hari ini cikgu mahu mengutarakan satu  kes yang agak memeningkan kepala sesetengah pelajar mahupun guru sendiri. Kes yang mahu cikgu utarakan ialah ejaan bagi frasa kering-kontang, adakah dieja dengan bersertakan tanda sempang ataupun tidak. Begini ceritanya….
MUDAH sahaja penyelesaiannya:
·         Kering-kontang BUKANNYA kata ganda kerana perkataan kedua iaitu ‘kontang’ mempunyai maksud tersendiri iaitu tiada air, sangat kering.
·         Jika BUKAN kata ganda, maka ejaan kering-kontang SEPATUTNYA ‘kering kontang’.
·         Hanya kata ganda sahaja yang boleh menggunakan tanda sempang, seperti:-
1.       kuih-muih > muih tiada makna
2.       lauk-pauk > pauk tiada makna
3.       gunung-ganang > ganang tiada makna
KESIMPULANNYA:-
1.       Kering-kontang  X
2.       Kering kontang  √

1 ulasan: