SELAMAT DATANG KE BLOG GALERIA KREATIF

Isnin, 9 Julai 2012

Sekapur Sirih


Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.Alhamdulillah, dengan kudrat dan iradat serta keizinan-Nya, akhirnya dapat juga saya membina blog ini sebagai memenuhi tugasan kerja kursus semester akhir Program Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah (PGSR) bagi pelajar-pelajar IPG Kampus Perempuan Melayu subjek EDU 3109 di bawah bimbingan pensyarah Tuan Haji Omar bin Abdul.Bahan-bahan yang saya muatkan di dalam blog ini adalah daripada sumber pembacaan saya serta perkongsian pengalaman dan pengetahuan rakan-rakan guru yang sentiasa bermurah hati untuk menyebarkan sedikit ilmu yang Allah pinjamkan agar keberkatannya terus berpanjangan dan dapat dikongsikan pula bersama pembaca blog ini, Insya-Allah.


Matapelajaran Bahasa Malaysia terutamanya Penulisan, semakin mencabar minda bukan sahaja di kalangan murid, tetapi juga di kalangan guru. Apa yang dapat dikesan, kebanyakan murid menghadapi masalah dalam menjawab soalan Bahagian C di mana mereka gagal menjelmakan nilai yang dikehendaki. Masalah ini tambah serius apabila terdapat kalangan guru yang kurang memahami cara-cara untuk membimbing murid mereka untuk menjelmakan nilai-nilai tersebut.Adalah diharapkan agar bahan-bahan yang saya muatkan di sini sedikit sebanyak dapat dimanafaatkan bersama bukan sahaja oleh murid-murid saya iaitu murid-murid tahun 4 Cerdik, SK Seri Gading, Batu Pahat, Johor, yang mana telah memberikan banyak inspirasi kepada saya, tetapi juga kepada kita semua sebagai salah satu usaha murni untuk meningkatkan prestasi anak-anak didik kita di samping memertabatkan Bahasa Malaysia ke darjat yang tertinggi.


Pengisian bahan dalam blog ini akan sentiasa dikemaskini dan diperbaiki dari semasa ke semasa. Semoga sedikit ilmu yang kita kongsikan bersama seikhlas hati ini akan memberikan impak yang besar kepada kita golongan guru amnya dan kemudiannya dapat disalurkan pula kepada murid-murid. Sumbangan daripada pembaca budiman sekalian adalah diharapkan bagi memantapkan lagi pengisian blog ini. Insya-Allah, ilmu yang kita kongsikan bersama ini bukan sekadar dapat menyuluh kehidupan murid-murid kita pada masa hadapan, tetapi juga dapat menjadi penyuluh kita di alam barzakh nanti….


Akhir kata dari saya, setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih saya ucapkan kepada semua yang terlibat dalam membantu saya membina blog ini samada dari segi sumbangan idea, pengetahuan dan pengalaman, mahu pun dari segi sokongan moral. Tanpa bantuan dan sokongan yang diberi, adalah amat sukar bagi saya untuk menyempurnakan tugasan saya ini. Semoga apa yang dapat saya himpunkan di sini memberi manafaat kepada semua dan mendapat keberkatan Illahi….Salam hormat dari saya. Wassalam….

Tiada ulasan:

Catat Ulasan