SELAMAT DATANG KE BLOG GALERIA KREATIF

Isnin, 9 Julai 2012

Ulasan Nilai Murni


Petikan  1.
Langkah 1:  Membaca petikan secara luncuran.
Langkah II: Menggarisi  ayat/ frasa yang menggambarkan
                    Perlakuan / perbuatan/ peristiwa baik.


L1
      Selepas bersarapan pagi, Hakim  memohon  keizinan ibunya  untuk  ke rumah Siva. Dia tidak sabar hendak mengetahui keadaan Siva.  Sudah dua hari  Siva tidak ke sekolah  kerana  demam. Hakim menunggang  basikalnya  dengan cermat melalui  jalan dan lorong  di kawasan perumahan. 

     Di pertengahan jalan, Hakim singgah di warung Mak Siti.  Dia membeli beberapa jenis kuih  sebagai buah  tangan.  Tiba-tiba dia ternampak Kok Leong dan ayahnya  sedang bersarapan di warung itu. Hakim mengajak  Kok Leong  ke rumah Siva.  Setelah mendapat kebenaran ayahnya, Kok Leong membonceng basikal Hakim menuju ke rumah Siva.

     Sesampai sahaja di rumah Siva,  ibu Siva menjemput mereka masuk.. Selain bertanya khabar, Hakim dan Kok Leong memberitahu Siva mengenai perkembangan di sekolah dan tugasan-tugasan yang diberi oleh guru mereka.  Sebelum tengah hari mereka pun pulang .





L2:

Semak : Perlakuan baik                          Nilai Murni

P1 -      memohon  keizinan ibu                                   -  menghormati / taat / 
-          hendak mengetahui keadaan Siva                    -  prihatin / 
-          menunggang basikal                                        -   berdikari  /  berhati-hati

P2 -   membeli kuih sebagai buah tangan                     -  berbudi bahasa /  murah hati
-          mengajak Kok Leong ke rumah Siva               -  setia kawan
-          mendapat  kebenaran  ayah                             -  menghormati  / 

P3 -   bertanya  khabar                                                 -  prihatin
-          memberitahu perkembangan  sekolah              -  baik hati
-          pulang sebelum tengah hari                             -  bertanggungjawab




Rujuk Petikan 1
(Rangka ulasan 1)

Kita mestilah ____________________________.  Sebagai contohnya ______________________________________  Selain dari itu, kita sepatutnya ___________________________________  Ini terbukti melalui ___________________________________.   Seterusnya,  kita hendaklah ____________________________________________.  Ini dapat dilihat _________________________________________.  Di samping itu  kita harus  _____________________________________________.  Akhir sekali,  kita perlulah ________________________________________

Contoh 2 ulasan nilai  murni / pengajaran

Kita mestilah hormat terhadap ibu. Sebagai contohnya, Hakim terlebih dahulu memohon keizinan  dari ibunya sebelum pergi ke rumah Siva.  Selain dari itu, kita sepatutnya prihatin dan simpati terhadap rakan yang sakit.  Ini terbukti melalui sikap Hakim yang mahu menziarahi rakannya Siva. Seterusnya,  kita wajar bersikap murah hati.  Ini dapat dilihat pada Hakim yang telah membeli kuih sebagai buah tangan untuk SivaDi samping itu,  kita haruslah ada semangat setia kawan seperti Hakim yang telah mengajak Kok Leong ke rumah Siva.   Akhir sekali,  kita perlulah  baik hati seperti Hakim dan Kok Leong yang memberitahu Siva tentang tugasan yang diberi dan perkembangan di sekolah.


Rujuk Petikan 1
(Rangka ulasan 1)

Kita mestilah ____________________________.  Sebagai contohnya ______________________________________  Selain dari itu, kita sepatutnya ___________________________________  Seterusnya,  kita hendaklah ____________________________________________. Di samping itu  kita wajar ________________________________________  _____________________________________________.  Akhir sekali,  kita perlulah ________________________________________


Contoh 2 ulasan nilai  murni / pengajaran

Kita mestilah hormat terhadap ibu. Sebagai contohnya, kita mestilah meminta izin daripada ibu kita sebelum pergi ke rumah kawanSelain dari itu, kita sepatutnya prihatin dan simpati terhadap rakan yang sakit dengan menziarahinya. Seterusnya,  kita wajar bersikap murah hati seperti  membeli kuih sebagai buah tangan untuk rakan yang sakitDi samping itu,  kita wajar memiliki semangat setia kawan dengan mengajak rakan kita yang lain untuk sama-sama menziarahi rakan kita yang sakit itu.   Akhir sekali,  kita perlulah  baik hati seperti memberitahu rakan kita yang sakit tentang tugasan yang diberi dan perkembangan di sekolah.





PETIKAN  2

     Hari ini hari Sabtu.  Ana bangun seperti biasa untuk ke sekolah.  Hari  ini  ada perjumpaan unit  beruniform  di  sekolahnya.  Ana pergi ke sekolah dengan adiknya Alia.

     Ana adalah setiausaha Persatuan Tunas Puteri di sekolahnya.  Dia ditugaskan  oleh  guru penasihat persatuan  untuk mencatat kehadiran  ahli.  Dia juga mencatat aktiviti yang dijalankan pada setiap  perjumpaan.

     Menurut guru penasihat mereka, Tunas Puteri akan mengadakan perkhemahan pada bulan September, iaitu selepas Ujian Penilaian Sekolah Rendah.  Setiap ahli yang ingin menyertai perkemahan dikehendaki melengkapkan borang maklumat peribadi dan mendapatkan kebenaran daripada ibu dan bapa.





PETIKAN  3

Saleh  meletakkan beg sekolah di atas rak. Selepas menukar bajunya, dia segera ke warung  ibunya yang terletak di hadapan rumahnya.  Saleh mendekati ibunya yang sedang mengambil  pesanan pelanggan.

     Selepas bersalaman dengan ibunya Saleh pergi ke bahagian belakang  gerai. Dilihatnya ada banyak pinggan mangkuk yang sudah digunakan. Dia membasuh pinggan mangkuk tersebut dan mengelapnya.

     Menjelang pukul empat petang, gerai ibunya ditutup. Saleh kembali ke rumah    dan membersihkan diri. Selepas  itu dia  akan membuka buku catatannya.  Jika ada tugasan, dia akan menyiapkannya dengan segera. Jika tiada tugasan, dia akan ke padang permainan berhampiran rumahnya untuk bermain bola dengan anak-anak jiran.

     Selepas makan malam, Saleh membuat latihan atau membuat ulangkaji.  Sesekali dia  menolong ibunya  mengelap daun pisang atau mengupas bawang.  Saleh masuk tidur sebelum jam 10 malam.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan